isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak perlu memberi alasan dan terus menyalahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca kejatuhan ringgit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, rakyat mahukan formula realistik daripada Rafizi termasuk pengukuhan nilai ringgit.

“Menurut Rafizi, kejatuhan ringgit bermula 2015 akibat skandal 1MDB.

“Buat apa ‘bakar menteri’ macam Rafizi. Rakyat mahu “solution”.

“Tidak payah cari salah termasuk cerita basi kononnya 1MDB punca ringgit jatuh,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, Rafizi dalam podcastnya bertajuk “Yang Bakar Menteri” menyalahkan skandal 1MDB sebagai punca kejatuhan mata wang negara sejak 2015.

Puad juga berkata, nilai ringgit mengukuh semula pada 2017 hingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

“Formula Rafizi paling jahanam ialah Najib turun ringgit naik.

“Rupanya sejak Najib turun, ringgit makin turun sebanyak 24.1 peratus berbanding ASD,” katanya.

Katanya lagi, tuduhan Timbalan Presiden PKR itu kelak boleh memakan diri sendiri jika terus berbohong kepada rakyat.

“Rakyat Malaysia tidak marah pada Rafizi. Mereka tidak akan bakar dia.

“Menteri akan terbakar sendiri jika terus temberang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast