MELAKA – Sebuah kedai menjual barangan plastik dan perkakasan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Seri Duyong di siniĀ  awal pagi tadi.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.23 pagi.

Menurutnya, seramai 35 pegawai dan anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, BBP Padang Temu, BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kedai barang plastik dan dapur itu sudah terbakar 80 peratus terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Turut musnah adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, lori, kereta Proton Satria dan van,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Izwan berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pada 3.39 pagi dan kerja-kerja overhaul turut dijalankan menggunakan jentolak (JCB). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast