Cherating International Surf Festival 2024 yang diadakan baru-baru ini disertai 134 peserta dari dalam dan luar negara.

KUANTAN – Pantai Cherating berpotensi menjadi destinasi pelancongan sukan selepas ia dipilih menjadi lokasi utama peminat sukan luncur ombak, Cherating International Surf Festival 2024, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Sukan Luncur Ombak Malaysia (PLOM), Kamarulzaman Mohd berkata, dengan kedudukan lokasinya strategik, Pahang juga antara tiga negeri selain Johor dan Sabah yang aktif dalam sukan air ini.

Cherating International Surf Festival 2024 telah berlangsung pada 8 hingga 11 Ferbruari lalu disertai 134 peserta dari dalam dan luar negara.

Kamarulzaman Mohd

”Di Pahang, Pantai Cherating dan Pulau Tioman merupakan lokasi popular untuk sukan luncur ombak ini sejak dulu dan masih aktif.

“Dan penganjuran Cherating International Surf Festival 2024 telah mendapat sambutan,  sekali gus meningkatkan kedatangan pelancong tempatan dan luar, selain mempromosi keunikan Cherating sendiri,” katanya.

Menurut beliau, kehadiran pelancongan sukan di pantai ini juga dapat merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Acara sukan luncur ombak itu merupakan temasya kali kelapan diadakan.

Seramai 90 peserta dari Malaysia dan 44 lagi dari luar negera terdiri daripada Thailand, Findland, Indosnesia, Perancis, Kanada dan Jerman.

Kamarulzaman menambah, acara ini telah menghidupkan komuniti peluncur dan mendedahkan sukan peluncuran kepada umum selain dapat mengcungkil bakat baru pelapis.

Melihat sambutan baik kepada penganjuran sukan luncur ini, beliau berharap dapat menggabungkan beberapa sukan dan acara lain bagi menambah kehadiran pelancong pada masa akan datang.

Antara cadangannya untuk mengadakan acara bola sepak dan bola tampar pantai serta pesta musikal pantai sempena acara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast