Monday, December 2, 2024
Home Sukan Al-Ittihad sedia tawar RM1.4 bilion dapatkan Salah

Al-Ittihad sedia tawar RM1.4 bilion dapatkan Salah

Mohamed Salah
LONDON – Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad terus memburu bintang Mesir, Mohamed Salah dan bersedia membuat tawaran rekod dunia untuk mendapatkan khidmatnya, laporan The Athletic.
Al-Ittihad kini merancang untuk menawarkan Liverpool €235 juta (RM1.4 bilion) untuk pemain Mesir berusia 31 tahun itu yang kontraknya akan tamat pada musim panas 2025.

Bayaran itu akan menjadikan Salah sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak mengatasi perpindahan Neymar ke PSG pada 2017 yang menelan belanja sebanyak €222 juta.

Laporan lanjut mendedahkan bahawa gaji yang ditawarkan kepada Salah di Ittihad adalah kira-kira €85 juta (RM512 juta) menjadikannya lebih empat kali ganda gaji semasa di Anfield.
Pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Al-Ittihad pada musim panas lalu tetapi tidak berjaya direalisasikan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast