KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Perak dan Sarawak sehingga 6 petang ini.
Menurutnya, di Perak cuaca itu diramal melanda daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
Tambahnya, di Sarawak pula diramal membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Kapit (Song dan Kapit).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Dalam pada itu MeTMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – MalaysiaGazette