KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Ubai Mz yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah baru menyedari bahawa isterinya merupakan selebriti cukup dikenali di luar negara.

Menerusi akaun X beliau tergamam dengan sambutan dan layanan terhadap isterinya ketika membuat persembahan di Macau.

“Hari ni baru aku tahu, wife (isteri) aku ni Big Superstar. First time (Pertama kali) ikut isteri buat persembahan dekat luar negara. Bodyguard (pengawal peribadi) ramai and kehadiran penonton penuh mat,” tulisnya.

Tambah beliau, Shila atau Nur Shahila Amir Amzah dijangka membuat persembahan di China pada Mac ini.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mendirikan rumah tangga bersama Shila pada Ogos tahun lalu.

Penyanyi itu pernah dinobat sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada tahun 2022.

Beliau juga pernah menjuarai Asian Wave di Shanghai, China pada 2012. – MalaysiaGazette