Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 14 orang pemandu bas positif dadah dalam Operasi Tahun Baru Cina dan operasi sempena bulan perayaan yang dijalankan sejak 1 Februari lalu di seluruh negara.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, ia hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 21,705 buah Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) di terminal-terminal sebelum mereka memulakan perjalanan.

“Kebanyakannya adalah pemandu bas yang memandu jauh dan menggunakan bahan-bahan terlarang ini, mungkin kerana mereka ingin mendapat lebih ‘trip’,” katanya.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) sempena Operasi Tahun Baru Cina dan Bulan Perayaan di Gambang, di sini hari ini.

Menurut Lokman, lesen memandu mereka akan digantung di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperoleh daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Selain itu, beliau memberitahu, hasil daripada pemeriksaan dijalankan, terdapat 1,181 notis di atas pelbagai kesalahan yang dikeluarkan JPJ sehingga semalam.

“kita telah menyita 32 buah KPA bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan, antaranya esalahan tiada lesen memandu iaitu sebanyak 7.7 peratus atau 91 kes.

“Kesalahan-kesahan teknikal seperti brek dan sebagainya yang melibatkan kenderaan-kenderaan ini, sebanyak 266 buah kenderaan dikenakan notis” tambah Lokman.

Katanya, pemeriksaan kerap menerusi operasi-operasi yang dijalankan JPJ seperti ini penting bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap tinggi dan terbaik kerana kenderaan awam digunakan oleh orang ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast