KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel masih kekal bagi tempoh 22 Februari 2024 hingga 28 Februari 2024.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 (RM3.47 seliter), RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette