Sir Jim Ratcliff. Foto Sky Sports.

LONDON – Jutawan British, Sir Jim Ratcliff sah menjadi pemegang suku daripada saham untuk kelab Manchester United secara rasmi menerusi syarikatnya, INEOS.

Pengumuman rasmi tersebut dibuat di laman web United hari ini.

Taikun petrokimia itu dan syarikatnya telah membayar sebanyak £1.3 bilion (RM7.9 bilion) untuk mendapatkan sebanyak 27.7 peratus pegangan saham kelab berkenaan.

Pegangan itu dikatakan mampu meningkat sehingga hampir 30 peratus menerusi tambahan dana sebanyak £238 juta (RM1.44 bilion).

Ratcliffe dan pasukannya akan ditugaskan mengawal segala operasi berkaitan bola sepak kelab tersebut dan mengambil alihnya daripada Keluarga Glazer.

“Menjadi sebahagian daripada pemilik Manchester United adalah satu penghormatan besar dan ia merupakan tanggungjawab yang berat.

“Urusan yang berjaya dimuktamadkan ini sebenarnya adalah permulaan perjalanan untuk menjadikan Manchester United kembali menjadi kelab utama di England, di Eropah dan di dunia dengan fasiliti hebat untuk para peminat.

“Segala kerja dan usaha keras bagi mencapai semua itu akan bermula hari ini,” kata Ratcliffe.

Ekoran urusan pengambilalihan tersebut yang berjalan dimeterai, Ratcliffe sudah merancang untuk melakukan beberapa perubahan drastik terhadap beberapa penjawatan utama dan dianggap penting untuk United

Dia dilapor bakal melantik bekas ‘mastermind’ Manchester City, Omar Berrada sebagai ketua pegawai eksekutif baharu kelab itu menggantikan Richard Arnold.

Berrada memiliki rekod yang cukup baik terutama dalam urusan mendapatkan khidmat Jack Grealish dan Erling Haaland di Etihad.

Selain itu, Ratcliffe juga merancang untuk mendapatkan ‘pakar’ bola sepak England, Dan Ashworth yang kini sedang berkhidmat di Newcastle United untuk dilantik ke jawatan pengarah sukan di Old Trafford. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast