Cheah Liek Hou
Cheah Liek Hou.

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berada di landasan terbaik menjelang Sukan Paralimpik Paris 20234 apabila meraih gelaran berganda pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024 yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Pada aksi final yang berlangsung hari ini, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mengekalkan kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan musuh tradisi dari Indonesia, Deva Anrimusthi 21-15, 16-21, 21-15.

Pemain berusia 36 tahun itu turut memahat nama sebagai juara dunia menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez Anuar.

Kemenangan 21-17, 21-18 ke atas beregu India, Chirag Baretha-Raj Kumar memastikan Liek Hou menebus kekecewaan ketika dia muncul naib juara pada edisi 2022 ketika bergandingan bersama Mohamad Faris Ahmad Azri. – MalaysiaGazette