Askar Israel di Gaza.

Oleh: Abdul Hadi Abd Aziz dan Farhana binti Abd Hamid

KONFLIK antara Israel-Palestin tanpa disedari kini sudah menjangkaui tempoh empat bulan sejak serangan pertama yang berlaku pada 07 Oktober 2023. Serangan tentera rejim Zionis Israel yang pada awalnya menyasarkan kawasan Semenanjung Gaza kini mula merebak ke bandar Rafah. Sekitar 1.4 juta orang awam berlindung di Rafah setelah melarikan diri daripada bedilan pendatang haram di utara Gaza.

Hasil keputusan prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengheret Israel atas pertuduhan genosid terhadap rakyat Palestin pula gagal mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata. Walhal Afrika Selatan berjaya mengemukakan bukti yang kukuh. Menelurusi sejarah perkaitan antara Israel dan Yahudi, siapakah mereka yang sebenarnya? ‘Yahudi’ merujuk kepada penganut agama Yahudi dari keturunan Bani Israel iaitu daripada kelompok keturunan anak Nabi Yaakub A.S. Nama Nabi Yaakub A.S dalam bahasa Hebrew disebut  ‘Israil’ yang bermaksud ‘hamba Allah.’

Berdasarkan sejarah, Bani Israel merupakan kaum pertama yang menentang dakwah Islam dengan cara permusuhan dan peperangan di kota Madinah dan seluruh semenanjung tanah Arab. Keperibadian dan sahsiah kaum Yahudi telah dicatatkan dalam al-Quran melalui sejarah dan peristiwa yang berkaitan dengan nabi-nabi terdahulu.

Bermusuh dengan umat Islam

Antara sifat kaum Yahudi yang dapat kita buktikan melalui al-Quran seperti dalam surah al-Maidah ayat 82 di mana Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”. Dengan kenyataan ini dapat disimpulkan bahawa orang-orang Yahudi musyrik tidak akan pernah berasa selesa dengan umat Islam. Mereka akan terus menganggap umat Islam hari ini sebagai ancaman terbesar buat mereka.

Kaum yang membunuh para nabi

Sejarah juga menjelaskan bahawa kaum Yahudi telah membunuh ramai nabi. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 91: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kepada al-Quran yang diturunkan Allah, mereka berkata: “Kami hanya beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami”;. Dan mereka kafir kepada al Quran yang diturunkan sesudahnya, sedangkan al Quran itu adalah (Kitab) yang hak; yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah: “Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman?”

Ramai golongan nabi terdiri daripada keturunan bani Israel. Bertitik tolak dari itu, kaum Israel mempercayai bahawa keturunan mereka mulia. Namun, mereka lupa bahawa kaum mereka juga telah banyak membunuh nabi-nabi pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, tidak hairanlah sehingga ke hari ini mereka berlanjutan membunuh rakyat Palestin setelah
merampas tanah mereka.

Sombong dan takbur

Rejim Zionis Israel yakin pembunuhan ke atas orang Islam pada hari ini di bumi Gaza, Palestin adalah jihad bagi mereka. Mereka dengan angkuh mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang layak masuk ke syurga. Allah telah merakamkan kesombongan dan sifat ujub mereka dalam surah al-Baqarah ayat 111 yang bermaksud: “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”.

Mungkir janji

Tidakkah kita melihat sebelum ini, saban tahun akan berlakunya serangan dan penindasan ke atas rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat? Acap kali setelah berlakunya serangan, mereka hanya melakukan gencatan senjata setelah didesak berulang kali. Episod berdarah ini tidak akan berakhir kerana kaum Yahudi sentiasa mencabuli perjanjian setia mereka. Jika suatu perjanjian dilakukan tanpa mencapai kehendak mereka, sudah pasti perjanjian itu akan dikhianati.

Allah SWT telah melaknat mereka  (yakni tidak diberikan kasih sayang-Nya kepada mereka) dan dimatikan hati mereka seperti yang dijelaskan dalam surah al-Nisa’ ayat 155: “Maka, (Kami hukum mereka) kerana mereka melanggar perjanjian itu, kafir terhadap keterangan-keterangan Allah, membunuh nabi-nabi tanpa hak (alasan yang benar), dan mengatakan, “Hati kami tertutup.” Sebenarnya Allah telah mengunci hati mereka kerana kekufurannya. Maka, mereka tidak beriman kecuali hanya sebahagian kecil (dari mereka)”.

Pengecut

Meskipun mereka tampak gagah berani membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah, tetapi mereka sebenarnya adalah bangsa yang pengecut tanpa bantuan daripada sekutu mereka. Apabila berperang, mereka akan menembak kemudian berpaling lari. Sifat pengecut mereka telah dirakam oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 111: “Mereka
sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan”. 

Justeru, menerusi sifat kaum Yahudi yang disebut dalam al-Quran ini, jelaslah akan hakikat sebenar yang sedang berlaku di Palestin tanah barakah para nabi. Sudah jelas lagi nyata bahawa sifat-sifat tercela kaum Yahudi ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran sejak sekian lamanya. Sesungguhnya menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk turut sama membebaskan tanah Palestin yang menempatkan Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam. Semoga nikmat keamanan di bumi Malaysia ini tidak membuat kita lupa akan kesengsaraan saudara se-Islam kita di Palestin yang mengharapkan kemerdekaan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis.

Kedua-dua penulis dari Jabatan Bahasa Antarabangsa Pusat Pengajian Bahasa Universiti Tun Hussein Onn