Anggota bomba membawa mayat mangsa naik ke darat sebaik sahaja menemui pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jasad seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas akibat hanyut di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah, semalam ditemui jam 10.07 pagi tadi.

Mayat Muhammad Fakhrullah Mohamad, 15 ditemui tersangkut pada akar pokok dalam air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Daud berkata, penemuan mayat oleh Pasukan Penyelamat di Air itu selepas melakukan pencarian di dasar sungai.

Mangsa dikatakan terjatuh kira-kira jam 5.30 petang semalam semasa mandi bersama tujuh rakan-rakannya.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette