pasar raya Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Hampir empat tahun beroperasi, cawangan pasar raya Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara beperingkat-peringkat bermula 15 Januari lalu.

Perkembangan itu dimaklum dalam satu notis dengan kepala surat Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024 untuk makluman kepada pembekal rangkaian pasar raya itu.

“Semua pembekal Elews Mart Sdn. Bhd. adalah dimaklumkan, Elews Mart akan menutup semua cawangan kedai secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” menurut notis berkenaan.

Menerusi notis sama, pihak Elews Mart Sdn Bhd juga berharap kerjasama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Segala pertanyaan boleh diemel kepada [email protected],” katanya.

Untuk rekod, ElewsMart merupakan perniagaan dalam sektor peruncitan milik Ebit.

Pada Julai 2020, 10 cawangan pertama yang dibuka terletak di Bandar Baru Bangi, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. – MalaysiaGazette

satu notis dengan kepala surat Elews Mart Sdn. Bhd.