Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.-Gambar Silverian Syndicate.

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan FC mengumumkan jodoh kelab itu dengan penyerang, Shahrel Fikri Fauzi selepas kontraknya tidak disambung bagi menghadapi kempen Liga Super musim ini.

Selain Shahrel Fikri yang lebih mesra dipanggil Eky, turut meninggalkan pasukan itu pemain pertahanan berpengalaman, Muhammad Farid Nezal.

Kelab berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pemain itu tidak lagi bersama Negeri Sembilan bagi musim 2024-2025.

“Terima kasih Eky dan Farid Nezal. Kedua-dua pemain ini tidak akan bersama dengan skuad Negeri Sembilan bagi musim 2024-2025.

“Eky menjaringkan lima gol sepanjang beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu.

“Segala dedikasi dan keringat yang mereka berikan kepada Negeri Sembilan amat dihargai dan kami doakan kejayaan akan sentiasa mengiringi langkah mereka,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast