Rayhana Awesha Subramaniam

MELAKA – Genap 10 hari lagi menyambut 1 Ramadan, saudara baharu Islam dilihat sudah tidak sabar untuk menyambut kali pertama ketibaan bulan penuh kemuliaan itu, 12 Mac ini.

Bagi mereka, perasaan gembira dan takut pastinya bercampur baur untuk menunaikan rukun Islam ketiga yang akan dilaksanakan bersama ibadah lain, khususnya solat sunat Tarawih.

Siti Hajar Rajagopal

Guru tadika di Kuantan, Pahang, Rayhana Awesha Subramaniam, 24, berkata, dia teruja untuk menyambut Ramadan buat kali pertama selepas menyimpan hasrat memeluk Islam sejak dibangku sekolah lagi.

“Lebih bermakna, apabila hasrat saya memeluk Islam langsung tidak dibantah ibu, malah dia sendiri menyaksikan saya mengucap dua kalimah syahadah di Kuantan, Januari lalu.

“Selama ini, saya pernah berpuasa kerana berkawan dengan penganut Islam tapi tahun ini tentu ianya lebih bermakna kerana mengejar pahala yang dijanjikan Allah SWT,” katanya.

Fatimah Abdullah Ramesh

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Mahabbah Tahun Baru Cina Mualaf Peringkat Kebangsaan di Kampung Morten, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Seorang lagi saudara baharu, Fatimah Ramesh, 33, berkata, perasaannya gembiranya bercampur takut kerana banyak lagi yang belum dipelajari sejak memeluk Islam November lalu.

“Memang tak sabar nak puasa sebagai orang Muslim buat kali pertama, tapi saya harap dapat melakukannya dengan baik melalui bimbingan kawan-kawan Islam yang lain,” katanya.

Pandangan sama dilontarkan Siti Hajar Rajagopal, 40, yang berharap Islam yang dipelajarinya sejak beberapa tahun lalu dapat memudahkannya menunaikan ibadah puasa. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast