Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis sentiasa menguatkuasaan undang-undang kepada semua pengguna jalan raya, termasuk peserta RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024 yang berlangsung selama dua hari hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Assiten Wan Mohd Zahari Wan Bus berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang salah laku dan akan mengambil tindakan secara tegas dan bersasar.

”Siapa sahaja yang menunggang secara berbahaya tidak akan terlepas daripada undang-undang, kami akan bertegas dan tindakan bersasar akan diambil.

”Ini termasuk kepada mereka yang mengubah suai gaya motorsikal yang tidak mematuhi garis panduan yang disediakan.

”Seramai 84 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan besediap sedia dalam membuat pemantauan dalam aktiviti permotoran kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membenarkan permit mengadakan himpunan dan aktiviti permotoran sahaja.

Namun permit tesebut tidak menghalalkan sebarang aktiviti yang bercanggah atau melangar peraturan.

Justeru beliau mengingatkat agar semua penunggang motosikal yang akan memulakan perjalanan pulang mematuhi peraturan lalu lintas, pastikan semua motosikal dalam keadaan mematuhi spesifikasi ditetapkan. – MalaysiaGazette