Sekumpulan nelayan berada di di Kampung Baru Beserah, menunggu berita kehilangan Zakaria Ramli dan rakannya, Zahari Sidek selepas keluar memancing pagi semalam.

KUALA LUMPUR – Dua nelayan yang keluar memancing sejak 7 pagi semalam dilaporkan tidak pulang semula ke jeti di Kampung Baru Beserah, Kuantan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisteen Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada sepupu kepada salah seorang nelayan tersebut.

Dalam laporan itu, pengadu berkata, ada rakan-rakannya ternampak Zakaria Ramli dan rakannya, Zahari Sidek memancing ikan kira-kira jam 3 petang semasa dalam memancing di sekitar lokasi unjan Bangka Latah dan unjan Jabur 2.

Jarak lokasi kedua-dua unjan terbabit dengan darat adalah lebih kurang 47 kilometer.

Pengadu mengesahkan kedua0-dua mangsa ada membawa alat GPS dan jaket keselamatan semasa keluar memancing ikan, tapi telefon bimbit tidak di bawa bersama.

“Menurut pengadu terdapat lapan buah bot yang keluar memancing/memukat ikan di laut dan kesemuanya telah balik ke jeti, melainkan bot mangsa,” kata Wan Zahari dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kira-kira jam 7.30 pagi tadi terdapat enam buah bot dari jeti nelayan kampong Baru Beserah termasuk pengadu telah ke unjan Jabur 2, tempat kedua-dua nelayan memancing ikan semalam, tapi bot mangsa gagal dikesan kerana laut bergelombang.

Bilik Gerakan IPD Kuantan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dimaklumkan.

Selain itu, katanya, pengadu juga memaklumkan kejadian ini kepada semua nelayan-nelayan yang keluar menangkap ikan di laut, pada bot² pukat tunda serta bot pukat kilat.

Usaha mengesan kedua-duanya masih sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast