KUANTAN – Seramai 259,000 pelajar di 739 sekolah rendah dan menengah di Pahang sudah kembali ke sekolah hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada jumlah itu seramai 16,192 orang murid pra sekolah dan tahun satu 24, 978  manakala 24, 052 pelajar tingkatan satu.

Sesi persekolahan hari ini melibatkan 541 sekolah rendah dan 198 sekolah menengah.

Amzan Abd Malek

“Bagi negeri Pahang, data tepat kemasukan pelajar masih belum stabil sebab akan diambil daam tempoh sebulan, dua.

“Jadi, setakat ini jumlah keseluruhan lebih kurang 259,000 hingga 260,000 bagi kesemua sekolah termasuk pra sekolah dan tingkatan enam,” katanya ketika mengadakan lawatan bersempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama hari ini.

Amzan turut menasihati ibu bapa agar membimbing anak-anak belajar membuat persiapan awal meskipun tiada peperiksaan dijalankan sehingga menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Kita sekarang sudah tak ada peperiksaan dari darjah satu. Kita hanya ada SPM.

“Jadi mula dari sekarang sebab inilah peperiksaan keutamaan bagi mereka untuk survival hidup mereka selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast