Pesawat tempur ringan Tegas yang digunakan oleh tentera udara India.

NEW DELHI – Sebuah pesawat tempur ringan (LCA) ‘Tejas’ milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di negeri barat Rajasthan pada Selasa semasa latihan,

Juruterbang tunggal di dalam jet malang itu dilaporkan selamat.

Ia merupakan kejadian pertama sejak pesawat berkenaan dikeluarkan hampir lapan tahun lalu.

Jet tempur ringan itu, yang dipanggil Tejas, yang bermaksud nyalaan atau kecemerlangan dalam bahasa Sanskrit, telah menyertai pasukan itu pada 2016 selepas menunggu lama dalam usaha India untuk memodenkan sebahagian besarn era Soviet.

Nahas pada Selasa memecahkan rekod keselamatan jet itu sejak penerbangan ujian pertamanya lebih dua dekad lalu.

Ini adalah nahas pertama jet itu sejak ia pertama kali terbang selepas 23 tahun lalu, kata media tempatan.

Laporan awal menunjukkan kegagalan enjin sebagai punca kemalangan LCA Tejas di Jaisalmer.

Siasatan telah dibentuk untuk mengetahui punca kemalangan itu, memetik seorang pegawai pertahanan sebagai berkata. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast