WASHINGTON – Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memulakan proses pemilihan jawatan pengarah urusan yang baharu.
Proses itu dilakukan secara terbuka, berasaskan merit dan telus.
Menurutnya, keputusan pemilihan tersebut akan dibuat melalui konsensus menjelang akhir bulan April.
“Calon yang berjaya untuk jawatan Pengarah Urusan IMF perlu mempunyai rekod cemerlang dalam penggubalan dasar ekonomi di peringkat pengurusan.
“Individu itu juga perlu mempunyai latar belakang profesional yang cemerlang, memiliki kemahiran pengurusan dan diplomatik yang diperlukan untuk memimpin institusi global, dan akan menjadi warganegara mana-mana ahli IMF,” katanya dalam satu kenyataan.
Kristalina Georgieva, yang menjawat Pengarah Urusan IMF ketika ini dijangka dinamakan semula untuk penggal lima tahun kedua, selepas penggal semasanya tamat pada 30 September tahun ini. – Agensi