WASHINGTON – Pemimpin majoriti Senat Amerika Syarikat (AS) , Chuck Schumer menggesa Israel mengadakan pilihan raya bagi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Schumer, pegawai tertinggi Yahudi dalam kerajaan AS, menyifatkan Netanyahu telah hilang arah.
Kenyataan ini menunjukkan keretakan dalam hubungan AS-Israel.
Sebelum ini pemimpin AS telah mengelak daripada mengkritik secara langsung pendekatan Netanyahu terhadap konflik di Gaza.
Kenyataan Schumer itu adalah perkembangan mendadak dalam kritikan AS terhadap kerajaan Netanyahu.
Schumer, yang telah menyokong Israel sepanjang 25 tahun di Senat, memberi amaran bahawa jumlah mangsa terkorban di Gaza berisiko menjadikan Israel sebagai pihak yang ditolak masyarakat.
Bercakap di Senat, Schumer, mengkritik keras pemimpin Israel itu, yang didakwanya mengutamakan kepentingan politik berbanding Israel.
Tegasnya, Israel, mesti membuat “pembetulan” dan mengambil langkah untuk melindungi orang awam di Gaza dengan lebih baik.
Kenyataan itu pantas dicelah pemimpin Israel apabila senator, dengan parti Likud pimpinan Netanyahu berkata, Israel bukan “republik pisang” dan dasar perdana menteri “disokong oleh majoriti besar”.
“Diharapkan Senator Schumer menghormati kerajaan yang dipilih Israel dan tidak menggugatnya,” kata parti itu.
Duta Israel di Washington, Michael Herzog, juga menyerang kenyataan itu, dengan menulis di X bahawa Schumer “tidak membantu” dan “kontraproduktif” untuk mengulas mengenai “adegan politik domestik sekutu demokratik”.
Kenyataan daripada salah seorang pemimpin politik paling berkuasa di AS itu muncul susulan kritikan tajam yang diterima White House.
Walaupun AS kekal sebagai sekutu terdekat Israel dan penyedia bantuan ketenteraan terbesar, kebimbangan telah meningkat dalam pentadbiran Biden dan dalam kalangan beberapa ahli partinya sendiri mengenai pengendalian perang oleh Israel.
Biden, yang bertanding semula untuk Rumah Putih, juga menghadapi tekanan politik dalam tahun pilihan raya presiden ini.
Gabungan pengundi Arab-Amerika telah menganjurkan usaha bantahan yang berjaya semasa proses utama Demokrat, tanda kegelisahan yang semakin meningkat di pangkalan Demokrat mengenai situasi di Gaza.
Undian protes ke atas Gaza adalah amaran pilihan raya yang tidak boleh diabaikan oleh Biden.
Keretakan mula muncul secara terbuka antara kedua-dua kerajaan minggu kebelakangan ini, dengan Biden memberi amaran kepada Israel agar tidak meluaskan pencerobohannya ke bandar Rafah.
Dalam ucapan Negara Kesatuan minggu lalu, Biden juga menggelar tindak balas Israel di wilayah itu “sudah melampau”. – Agensi