Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, pelajar Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi yang berjaya menawan Tilicho Lake pada 14 Mac yang lepas. Ihsan Gambar: Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam
Ibadah puasa dan cuaca sejuk sehingga negatif 18 selsius tidak mematahkan semangat Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor untuk menawan tasik tertinggi di dunia itu.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Diploma Pengurusan dan Rekreasi dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga pendaki solo (junior) mencipta sejarah apabila berjaya menawan Tilicho Lake pada 14 Mac yang lalu.

Ibadah puasa dan cuaca sejuk sehingga negatif 18 selsius tidak mematahkan semangat Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor untuk menawan tasik tertinggi di dunia itu.

Penawanan Tilicho Lake yang mempunyai ketinggian 4,919 meter itu merupakan salah satu latihan penyesuaian diri di kawasan gunung bersalji di tengah Banjaran Himalaya sebelum menyertai Misi Everest 2025 di Nepal dari 10 hingga 25 Mac ini.

Misi Everest 2025 dianjurkan oleh Jejak Pensolo bersama FSR, UiTM Shah Alam serta Pertubuhan Nadi Sihat dan Diem Duroil, kata satu kenyataan.

“Syahrul telah memulakan trekking pada 13 Mac lalu dari Khansar dengan paras ketinggian 3,756 meter ke Tilicho Lake Base Camp setinggi 4,160 meter dan telah bergerak naik dan turun ke tasik itu dalam keadaan yang bersalji selama tujuh jam pada keesokan harinya,” katanya.

Pada 15 Mac, Syahrul telah meninggalkan Tilicho Base Camp trekking ke Yak Kharka dengan perjalanan selama lapan jam.

Selepas membuat penyesuaian di Thorong La Phedi setinggi 4,450 meter, pendakian akan diteruskan ke Thorong La Pass setinggi 5,416 meter sekiranya cuaca baik. – MalaysiaGazette