KUALA LUMPUR – Sebuah kedai kopi Cina di Seri Petaling di Kuala Lumpur dilaporkan akan menghentikan penjualan teh Cina kosong, yang secara lazimnya merupakan minuman paling murah, bermula 1 April.
Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Wong Teu Hoon ketika mengulas perkara itu berkata, keadaan itu berlaku kerana teh Cina yang selalu dikenali sebagai “Chinese Teh Bing” biasa dijual di bawah RM1 dan kurang menguntungkan.
Katanya, peniaga berdepan kenaikan sewa kedai di bandar-bandar besar dan bahagian yang menjual minuman selalunya berkongsi sewa paling tinggi.
“Sewa kedai selalunya lebih RM10,000 di bandar besar dan ada banyak kos lagi.
“Oleh itu, walaupun teh Cina itu laris, peniaga terpaksa berhenti menjualnya kerana keuntungan tidak tinggi.
Selepas berhenti menjual teh Cina kosong, Teu Hoon berkata, minuman paling murah adalah berharga antara RM2 hingga RM3.
Katanya, pelanggan akan mengadu jika kopi di kedai kopi tradisional dijual pada RM3.50, sedangkan harga di kafe adalah jauh lebih tinggi.