CAAM

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua pesawat Blackshape model BS115, BK 160, BK60-200 dan BK160TR dari ruang udara Malaysia.

Penggantungan ini selaras Emergency Airworthiness Directive (EAD) yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) semalam, 18 Mac 2024, kata Ketua Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud.

EASA merupakan pihak berkuasa bagi pembuatan pesawat berkenaan, menggantung operasi penerbangan semua pesawat Blackshape termasuk model siri, berkuat kuasa esok, 20 Mac 2024.

Ia susulan kemalangan maut membanitkan pesawat berkenaana baru-baru ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan tahap keselamatan.

“CAAM komited mengutamakan penerbangan di Malaysia dan akan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi memastikan operasi penerbangan selamat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast