KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran Tahap 2 iaitu gelombang haba di Kawasan Pokok Sena di Kedah dan negeri Perlis.
Menurutnya, tahap gelombang haba apabila suhu maksimum harian berada 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Selain itu, terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah, (Timur Laut) Pulau Pinang, (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) Perak, (Bentong, Raub dan Temerloh) Pahang, (Kuala Selangor dan Sepang) Selangor, Putrajaya, (Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban) Negeri Sembilan, ( Alor Gajah) Melaka dan (Segamat, Muar dan Batu Pahat) Johor.
Manakala satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Kota Belud.
Tahap 1 berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – MalaysiaGazette