KUALA LUMPUR – Pemaju perumahan terkemuka dan hartanah, Kumpulan JL99 dinobat antara 10 terbaik sepanjang 2023 dalam Anugerah Kecemerlangan Perniagaan anjuran Sin Cew baru-baru ini.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri BK Jeff Lee  menyifatkan ianya satu pengiktirafan besar buat beliau serta seluruh warga JL99.

Kata beliau, anugerah itu telah mengiktiraf pencapaian pemaju hartanah serantau yang memberi impak besar di negara ini.

“Ini satu kebanggaan apatah lagi nama JL99 di angkat seantaro dengan nama besar lain, ramai pemenang dalam ‘top ten’ ini adalah gergasi tetapi apabila syarikat kami diberikan penghormatan dalam lingkungan 10 terbaik, sememangnya saya cukup bangga dan rendah diri untuk terus lakukan lebih baik.

“Selain itu, anak saya, Amanda juga telah menerima anugerah Kecemerlangan Hartanah Berprestij pada majlis sama. Kita dapat dua anugerah serentak.

“Saya pasti ramai yang mahukan pengiktirafan sebegini, pastinya kejayaan seperti ini tidak akan datang bergolek sebaliknya kerja keras selama berpuluh tahun serta dedikasi bukan sahaja mengaut keuntungan tetapi juga bagi memastikan mahu memberikan kembali yang terbaik buat rakyat dan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Datuk Jeff Lee dan anak, Amanda menang dua anugerah Sin Chew ‘Business Excellence Awards 2023’ baru-baru ini.

Kata Jeff Lee lagi, anugerah ini telah diberikan kepadanya selepas kejayaan projek 99 Legend (fasa 2) yang kini dalam pasaran.

“Kita tekankan komitmen, inovasi, kualiti dan kepuasan pelanggan. Kerana itu juga rata-rata pelanggan kita akan sentiasa teruja dengan apa jua projek kami di JL99.

“Saya dari lubuk hati ingin ucapkan penghargaan kepada panel juri berwibawa dan semua individu yang terlibat dalam Anugerah Sin Cew Business Excellence Awards ini. Terima kasih Sin Chee dan ini adalah dorongan paling besar untuk kami,” ujarnya.

Seramai lebih 200 penerima anugerah yang terlibat dengan pelbagai perniagaan terkemuka tempatan telah diberikan pengiktirafan gilang gemilang di Hotel Sunway Resort baru-baru ini. – MalaysiaGazette