KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 28 Mac hingga 3 April 2024 masih lagi kekal.
Sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 dijual pada RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
Kementerian Kewangan berkata, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga tersebut bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya. – MalaysiaGazette