Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan negeri akan mempertimbangkan rayuan untuk membuka laluan masuk Ke Kafe Tanah Aina Fareena yang ditutup oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada Selasa lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya terbuka untuk mempertimbangkan rayuan atau permohonan penggunaan tanah kerajaan kepada semua pihak.

“Rayuan, mohon tanah semua boleh, kita tidak menghalang warganegara terutama rakyat Negeri Pahang untuk membuat rayuan, mohon tanah.

“Kemudian terpulang kepada pihak berkuasa negeri untuk mempertimbangkan sama ada meluluskan atau tidak,” katanya selepas majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2024 peringkat kebangsaan anjuran Petronas, di sini, semalam.

Semalam, pemilik kafe itu, uan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil memohon agar laluan tersebut dibuka semula dengan mengambil kira usaha yang dilaksankaan secara tidak langsung selama ini dapat menarik pengunjung dengan mempromosikan daerah Bentong.

Difahamkan parkir yang telah dibina di atas tanah kerajaan negeri itu tidak melalui proses permohonan mengikut peruntukan undang-undang idi bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Ia telah dibina sejak enam tahun lalu bagi kemudahan pelanggan ke kafe sebelum menyeberangi jambatan kayu di bawah laluan jambatan di Kilometer 54.3 Jalan Bentong – Karak.

Pada 18 Mac lepas, kerajaan negeri memberi notis secara lisan berhubung tindakan menutup laluan yang dilakukan oleh UPNP dan pada Khamis lalu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menutup laluan masuk ke kafe berkenaan dari arah Karak ke Bentong.

Sementara itu, Wan Rosdy menyambut baik usaha yang dilakukan Tanah Aina bagi mempromosikan pelancongan di Pahang namun ia perlu mematuhi tatacara yang digariskan.

Jika tidak katanya, tindakan tegas penguatkuasaan menutup akses masuk ke kafe itu kerana menggunakan tanah kerajaan tanpa kebenaran. – MalaysiaGazette

bertindak? – Pengurus

Pemilik Kafe Tanah Aina nafi terima notis rasmi penutupan parkirnya

Guna tanah secara haram, parkir Kafe Tanah Aina Fareena ditutup

Janji mulut tak pakai, notis komunikasi sudah diberi – Exco

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast