KUALA LUMPUR – City University Malaysia (City U) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyantuni 110 orang pelajar asnaf menerusi Majlis Iftar City University Malaysia 2024 baru-baru ini.
Pengarah Urusan City U, Datin Rohaidah Shaari berkata, kerjasama bersama agensi itu dilihat mampu memperkukuhkan institusi pendidikan negara dalam melahirkan generasi muda bagi untuk keperluan industri masa pada masa depan.
Menurut beliau, ini kerana Program Tanggungjawab Sosial yang dijalankan itu dapat memastikan bahawa pelaburan dalam bentuk kerjasama sosial dapat dimanfaatkan melalui pendidikan.
“Harapan saya agar kerjasama ini bukan hanya sekadar bantuan kewangan, tetapi juga merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk generasi muda dalam melahirkan generasi dari dunia pendidikan tinggi.
“Justeru pada masa sama, City University Malaysia komited untuk memperkukuh kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan sokongan bagi para pelajarnya.
“Ini termasuk fasiliti yang lebih komprehensif dalam merancakkan aktiviti kampus dan jugaprogram sokongan mentorship yang bertujuan membimbing pelajar dalam setiap langkah perjalanan pendidikan mereka,” katanya.
Sementara itu, Majlis Iftar City University Malaysia 2024 turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pendakwah selebriti, PU Rahmat sebagai penyampai tausiah.
Majlis itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah City U di mana seramai 410 orang staf daripada kampus di seluruh negara hadir bagi memeriahkan itu.
Mengulas lanjut, Rohaidah yang juga pengasas City U memberitahu, universiti swasta yang ditubuh sejak lebih 40 lalu itu aktif sejak awal Ramada lalu dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah kebajikan, rumah tahfiz, rumah anak-anak yatim di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Katanya beliau, ia dianjurkam melalui Program Tanggungjawab Sosial anjuran Fakulti Industri Kreatif apabila seramai 60 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Fatimah Yaakub telah menerima bantuan kewangan serta barangan keperluan harian.
“Usaha tahunan seperti ini merupakan antara pendekatan City University Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat di bulan Ramadan yang penuh berkat ini,” katanya. – MalaysiaGazette