Wan Rosdy Wan Ismail bersama bersama lebih 800 mahasiswa anak Pahang ketika Majlis Iftar Mahasiswa Anak Pahang di Perkarangan Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan pada semalam.

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memperkukuh hubungan mahasiswa di negeri ini menerusi Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) dan penubuhan Seketariat Perantau Anak Pahang di ibu negara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, platform berkenaan digunakan bagi membentuk mahasiswa seimbang dalam akademik selain menjadikan mereka celik politik.

Usaha ini penting kerana golongan ini adalah pewaris kestabilan negara pada masa akan datang.

Menurutnya, melalui sekretariat ini, kerajaan negeri sentiasa menjaga kepentingan mahasiswa dengan memastikan nasib mereka sentiasa terbela dan mendapat maklumat yang tepat.

Menurutnya, mahasiswa-mahasiswa ini adalah aset serta ejen kerajaan negeri dalam berkongsikan maklumat kepada masyarakat dalam memacu pembangunan negeri ini.

“Mahasiswa mahasiswi ini adalah golongan bijak pandai daripada segi akademik, jadi kita harus gunakan kebijaksanaan mereka, kepandaian mereka itu, untuk membantu kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar Mahasiswa Anak Pahang di Perkarangan Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan bersama lebih 800 mahasiswa anak Pahang  semalam.

Wan Rosdy Wan Ismail

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar Mahasiswa Anak Pahang di Perkarangan Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan bersama lebih 800 mahasiswa anak Pahang  semalam.

Golongan mahasiswa ini boleh menjadi ejen untuk negeri, contohnya berkempen untuk orang datang melawat Pahang.

Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

Dalam pada itu, Pengarah Sekretariat Mahasiswa Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin berkata, penubuhan seketariat itu bagi memudahkan kerajaan negeri untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan bantuan kepada anak-anak Pahang di perantauan.

“Jadi menyedari mereka ini adalah aset penting yang sangat bernilai, sebab itulah menteri besar mengamanahkan saya untuk rapat dengan kelompok ini supaya saya dapat membimbing dan membuka minda mereka supaya bangga dengan itu.

“Dan kita tahu walaupun mereka ini golongan terpelajar, cemerlang akademik tetapi ada yang tidak bijaksana dalam membuat penilaian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast