KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memutuskan memberi bonus sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan penghargaan kepada penjawat awam kerana mereka memainkan peranan yang baik dalam mengutip hasil negeri itu.
“Kalau boleh ada kedudukan kewangan baik kita bagi lebih, sebab ini bukan duit Tokwan ini duit kerajaan negeri Pahang. Dan kita kena bagi balik duit kepada rakyat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Baucer ‘Moh Balik Beraya ke Pahang 2024’ di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.
Tahun lalu kerajaan negeri Pahang menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 sebanyak RM1,200 seorang kepada penjawat awam negeri itu. – MalaysiaGazette
Tahniah kerajaan negeri Pahang prihatin kepada keperluan rakyat nya…la ni…lagi baik kita kerja dengan Kerajaan Negeri drp Persekutuan. Ditambah lagi ura-ura nak hapuskan pencen kakitangan awam. Nak tambah sikit boleh ke…macam ni cerite die. Sepatutnya pemerintahan ni lebih kepada berusaha untuk meningkatkan pendapatan Negara bagi kemaslahatan rakyatnye. bukan nak berusaha mengurangkan beban kerajaan. Dah rakyat makin bertambah sudah tentulah tanggungan makin bertambah. Jadi eloklah sebagai kerajaan mesti kreatif mencari sumber pendapatan utk negara. Ini berusaha ambil jalan singkat pula nak hapuskan pencen kakitangan. Kesihan penjawat awam yg berjawatan rendah yg sebahagian besar hidup mereka berkhidmat semata-mata untuk Negara. Kalau berjawatan besar takpe dpt graduiti besar. Kalau kakitangan awan yg bawah ni graduiti tak sampai 100k. kalau lebih pun dlm 110k je… Wallahualam. Sekian harap maklum….