KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan ini.
Program dalaman NAFAS ini juga bertujuan memupuk semangat cinta kepada al-Quran.
Program Ihya’ Ramadan telah diadakan dengan penganjuran aktiviti Tadarus al-Quran, kaunter bayaran zakat dan juga ceramah agama yang melibatkan staf NAFAS.
Tadarus al-Quran telah diadakan bermula 2 Ramadan dan disertai hampir 50 peserta terdiri daripada pengurusan dan kakitangan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selepas solat Zohor secara berjemaah.
Majlis Khatam al-Quran dimulakan dengan bacaan oleh Timbalan Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim.
Acara ini turut dihadiri Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris bin Arriffin dan kira-kira 80 staf.
Program yang julung-julung kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan staf dan diharap menjadikan membaca al-Quran sebagai satu amalan, sekali gus menyanjungi dan memuliakan al-Quran itu sendiri. – MalaysiaGazette