elajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam bersama warga dan alumni UiTM di Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama alumni meraikan pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam di Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan anjuran Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan
Alumni (ICAN).

Majlis tersebut diadakan di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah untuk meningkatkan ukhwah serta mengeratkan silaturrahim antara warga alumni dan UiTM.

Seramai 70 orang pelajar telah menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah.

Para pelajar dari dua Maahad ini, yang juga diseliakan oleh alumni dan bekas staf UiTM di sekitar Shah Alam, turut menerima sumbangan sepasang baju raya daripada Khatam Festive Apparel Sdn Bhd, syarikat milik alumni UiTM pada 18 Mac 2024 bertempat di Khatam Eco Ardence.

Dr Jamalunlaili berterima kasih kepada para alumni dan bekas staf UiTM yang berkongsi rezeki membantu golongan yang memerlukan agar mereka turut merasai suasana gembira bulan Ramadan ini.

Dengan kekuatan seramai 726,525 orang, para alumni bersama pihak universiti perlu memikirkan pendekatan sesuai mengikut situasi dan kehendak semasa bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Beliau turut memaklumkan peluang menyertai Program Plus Tahfiz UiTM yang dibuka kepada pelajar lepasan pusat pengajian tahfiz yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai professional di UiTM serta menjadi graduan yang mempunyai watak al-Quran.

Para alumni, rakan industri dan komuniti turut dijemput bersama-sama memeriahkan sambutan Ulang Tahun ke-25 atau Jubli Perak UiTM sempena penubuhan institusi tersebut dari sebuah institut menjadi sebuah universiti pada tanggal 26 Ogos 1999.

Antara program yang bakal disambut adalah Majlis Makan Malam Gala 25 Tahun UiTM di DewanAgung Tuanku Canselor (DATC) pada 25 Ogos 2024, serta sambutan Hari Alumni 2024 pada 19 Disember. – MalaysiaGazette