Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Telefon bimbit dan kad sim milik seorang usahawan kosmetik, Aliff Syukri yang memuat naik video lagu hari raya yang memaparkan sekumpulan lelaki didakwa berkelakuan aneh dan tidak sopan dihantar ke unit forensik untuk siasatan lanjut.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan bahawa usahawan itu telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,”

“Setelah beliau (Aliff Syukri) dipanggil dan dirakam keterangan di ibu pejabat MCMC (SKMM) tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau sudah disita dan dihantar ke forensik untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Berbuka Puasa MCMC Bersama Agensi-agensi Penguatkuasa, di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, setakat ini beliau belum menerima maklumat terperinci. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast