Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya bertindak atas aduan daripada ibu mangsa berusia 32 tahun yang dibuat pada Jumaat lepas.

Katanya, mangsa telah memaklumkan kepada ibunya bahawa suspek telah mencium dan menyentuh kemaluannya dalam kejadian 28 Mac lalu.

“Suspek telahpun ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Ampang Jaya.

“Semakan lanjut mendapati tangkapan tiada sebarang rekod jenayah lampau. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamin, Methapetamin dan THC,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mobd Azam berkata, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 April.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast