KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan; Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula melibatkan Kuching (Lundu), Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Mukah.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast