Status yang mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

KUALA LUMPUR – Status media sosial seorang netizen yang mahu meneruskan puasa hari ini kerana anak bulan dilihat dengan teleskop mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Pengguna Facebook tersebut dalam perkongsian berkata, dia mahu mengenapkan puasa 30 hari kerana anak bulan tidak dilihat dengan mata kasar.

“Alhamdulillah. Kami genapkan 30 hari dengan yakin. PD, Perlis. Nampak dengan mata teleskop berkuasa tinggi bukan dengan mata kasar manusia,” tulisnya.

Perkongsian yang dibuat lebih 13 jam lalu itu menerima 366 komen dan 3,900 perkongsian.

Wanita tersebut mempersoalkan sama ada rukyah anak bulan dengan teleskop dan hisab astronomi adalah ajaran Nabi Muhammad SAW atau tidak.

“Tahniah! kepada sahabat-sahabat ghuraba yang berhati besi waja, berdiri teguh menggenggam kemas sunnah Nabi SAW walaupun dicemuh oleh orang ramai.

“Takziah kepada ummat Nabi SAW yang ingkar dan derhaka kepada arahan Nabi SAW bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah SWT kelak.

“Kerana Rasulullah saw telah bersabda “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal (dengan mata kasar) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan (mata kasar) kamu maka sempurnakanlah/genapkanlah bulan tersebut (menjadi tiga puluh hari),” katanya.

Bagaimanapun, rata-rata warga maya mencemuh perkongsian yang dlakukan oleh warganet tersebut yang disifatkan sebagai ‘terlebih pandai’.

“Dalam ramai-ramai mesti ada makhluk yang macam ni kan. Dia dok rasa terpaling ghuraba, paling mengikuti sunnah. Geng ni mesti ada punya,” komen Ahmad Shukri yang berkongsi hantaran tersebut.

“Akak ni tahun depan dah boleh ganti penyimpan mohor besar raja-raja . Pekat sangat tu,” kata Amirul Syafiq.

“Kerana mengIkutkan ilmu sendiri, itu yang ada sampai boleh telefon Allah untuk tahu bila Syawal tiba. Ada yang jadi rasul Melayu. Ada yang buat kerajaan langit, ada yang buat istana Allah. Membuat keputusan agama mengikut ilmu dan kepandaian diri sendiri. Parah. Jangan memandai mandai dalam beragama. Kita ada alim ulama dan ahlinya,” nasihat Mohd. Zakaria Idres.

“Risau pulak tengok komen Kalau setakat belajar 2, 3 hadis tak payah la keluarkan dalil sndiri. Baik diam dan refer pada yang lebih arif. Makin bnyak brcakap makin menampakkan kebodohan kita,” Abdul Hafidz Arif.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. tak payah lah nak tunjuk pandai weh . nabi pun melihat anak bulan dengan kasyap bukan dengan mata biasa . ada kala nya dan tidak semestinya begitu . jangan merasa diri sempurna orang lain salah .

  2. Paling sedih bila yg bercakap pandai, tapi menggunakan segala kemudahan moden..Facebook family kau yg buat ke, Telegram, wifi dan HP yg kau guna..engkau sendiri ke yg buat. bercakap pakai akal manusia bukan

  3. Bodoh nak mampus…zaman Nabi kurun ke-7 Masihi mana ada teleskop? Nabi pergi mana2 naik kuda…ko anak beranak pun naik kuda kaaa??? Duk Perlis ni mmg biol

Comments are closed.