Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pas menzahirkan ucapan takziah kepada pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyah yang kehilangan tiga anak lelaki bersama cucunya akibat serangan bom tentera Israel semalam.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, lebih menyedihkan pengeboman itu dilakukan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Takziah diucapkan kepada pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyah di atas syahidnya tiga anak lelaki beliau bersama cucunya akibat serangan bom oleh rejim pengganas Israel semalam.

“Dalam situasi umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya Idulfitri, bekas Perdana Menteri Palestin ini menyambutnya dengan berita kematian tiga anak lelakinya sekaligus,” katanya yang dimuatnaik di akaun Facebooknya hari ini.

Terdahulu tiga anak dan tiga cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh selepas dibom oleh tentera Israel.

Semua mereka terkorban selepas kereta yang dinaiki mereka di kawasan kem pelarian Al-Shati menjadi sasaran tentera zionis.

Fadhli berkata, serangan terbaru itu membuktikan Israel adalah rejim pengganas moden yang tidak pernah serik untuk melakukan kezaliman terhadap orang awam Palestin.

“Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini dan ketabahan serta kegembiraan itulah yang dipaparkan melalui video rakaman reaksi beliau apabila dilaporkan tentang berita kematian itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

-TAMAT-

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast