KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh digesa berhenti bersikap tidak matang dan mencerca pemimpin, terutama menteri Kabinet.
Malah Muhamad Akmal disaran ke meja rundingan bagi menyelesaikan sesuatu isu yang mencetuskan kontroversi seperti isu stoking yang tertera kalimah Allah, baru-baru ini.
Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii berkata, kenyataan terbaru Ketua Pemuda UMNO itu yang menggelar menteri sebagai bodoh tidak sepatutnya berlaku.
“Sebagai pemimpin muda, Ketua Pemuda UMNO ini sepatutnya tunjuk contoh baik dalam politik dan tidak menunjukkan sikap tidak matang dengan mencerca walaupun tidak bersetuju dengan tindakan seorang menteri dalam kerajaan.
“Beliau sepatutnya membawa hujah yang wajar dan matang ke atas meja sama ada untuk sangkal atau tambah kritikan membina,” katanya dalam kenyataan.
Yii yang juga Ahli Parlimen Kuching mengulas kenyataan Muhamad Akmal yang menafikan beliau telah menyebabkan kemerosotan ekonomi berikutan kempen boikot yang disarannya.
Muhamad Akmal berkata, ekonomi merosot disebabkan terdapat menteri ‘bodoh’ seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Kor Ming menulis di laman sosial beliau bahawa pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dakwa Kor Ming, jangan sesekali masuk perangkap penghasut kerana negara perlukan usaha semua untuk bangunkan ekonomi. -MalaysiaGazette
Memang menteri bodoh pun….tanpa boikot pun ekonomi merosot dgn teruk..kos sara hidup meningkat dan ringgit merundum…