WASHINGTON – Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) untuk “menjauhkan diri” daripada konflik antara Iran dan Israel selepas Tehran memulakan serangan udara terhadap Israel.
“Serangan ini dilakukan berdasarkan kekuatan Artikel 51 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah, tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas kepada pencerobohan rejim zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik.
“Perkara itu boleh dianggap selesai. Walau bagaimanapun, sekiranya rejim Israel melakukan kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk.
“Ia adalah konflik antara Iran dan Israel yang penyangak, yang mana AS wajib menjauhkan diri,” tulisnya di X.
Selepas Iran memulakan serangannya, koresponden Majlis Keselamatan Negara White House, Adrienne Watson berkata, sokongan AS untuk keselamatan Israel adalah “sekukuh besi”.
“Amerika Syarikat akan bersama rakyat Israel dan menyokong pertahanan mereka terhadap ancaman daripada Iran ini,” tambah Watson. – Agensi