JERUSALEM – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah menarik semua sekatan yang dikenakannya sejurus sebelum serangan semalaman Iran pada hari Sabtu.

Sekatan itu, termasuk larangan semua aktiviti pendidikan dan perhimpunan besar di luar, yang berkuat kuasa pada malam Sabtu.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha pertahanan Israel berdepan dengan serangan peluru berpandu dan dron Iran.

Sekatan itu sepatutnya tamat pada malam Isnin.

Bagaimanapun, Komando Barisan Dalam Negeri IDF memutuskan untuk menarik balik pada tengah malam antara Ahad dan Isnin “berikutan penilaian situasi.

“Sebagai sebahagian daripada perubahan, ia telah memutuskan untuk memulihkan aktiviti pendidikan di seluruh Israel,” kata kenyataan itu, sambil menambah “sekatan ke atas perhimpunan juga dihapuskan,” kata IDF dalam satu kenyataan. – Agensi