Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Sehingga 17 April 2024, situasi semasa di Timur Tengah kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

Justeru, tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar Malaysia di rantau ini, kata Kementerian Luar Negeri.

Namun, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan untuk memantau perkembangan di rantau ini dari semasa ke semasa.

Oleh itu, Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

“Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat.
Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan. Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Butiran maklumat Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terjejas adalah seperti berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Alamat : No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb
Nombor telefon: +98 21 880724444
+98 21 88078606
E-mel : [email protected]
[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN
Alamat : No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street,

Abdoun, Amman 11183, Jordan

Nombor telefon: +962 6590 2400
+962 78590 2400
E-mel : [email protected]
[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNAN
Alamat : Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan
Nombor telefon: +961 71 380 063
+961 7677 2527
E-mel : [email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Alamat : Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al

Jadria, Baghdad, Iraq
Nombor telefon: +964 786 497 0086
+964 786 497 0087
Emel : [email protected]

– MalaysiaGazette