Peserta Himpunan Anak Muda tolak Israel menunjukkan plakad yang mengutuk kekejaman Israel bagi menyatakan solidariti terhadap peperangan yang berlaku di Palestin ketika di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 25 OKTOBER 2023.

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk memperhebatkan tindakan keras tentera ke atas Hamas.

Dalam ucapan video, Netanyahu mengancam tindakan “dalam beberapa hari akan datang,” tanpa menjelaskan masa dan tempatnya.

“Kami akan menyerangnya dengan lebih hebat dan ini akan berlaku tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, Israel “akan meningkatkan tekanan tentera dan diplomatik terhadap Hamas kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membebaskan tebusan dan mencapai kemenangan.

Netanyahu sebelum ini telah menyatakan tentera Israel akan memulakan serangan darat ke atas Rafah, walaupun antarabangsa menentang cadangan itu kerana kawasan itu menjadi tempat perlindungan kepada lebih 1 juta orang pelarian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast