Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei masih kekal.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu harga runcit petrol RON97 pada paras RM3.47 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagiĀ  memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette