Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diberikan penghormatan tersebut sempena Spring Imperial Conferment 2024.

“Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau memperkukuh perdagangan dan hubungan ekonomi Jepun-Malaysia dengan menggalakkan penyertaan Malaysia ke dalam CPTPP (Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik) dan mengembangkan Dasar Pandang Ke Timur,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Mustapa juga mengukuhkan hubungan bidang tenaga antara kedua-dua negara dengan penyediaan bekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil kepada Jepun dan mengumumkan sokongan Malaysia kepada Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast