Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Foto fail MOHD ADZLAN.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menganjurkan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (International Regulatory Conference – IRC) 2024 pada Isnin dan Selasa depan.

Bertemakan Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future – persidangan tersebut dijangka akan membincangkan isu berkaitan teknologi baharu, inovasi, kerangka kerja kawal selia, dan pendekatan dalam persekitaran industri komunikasi dan multimedia.

Menurut laman mikro suruhanjaya itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan merasmikannya di The St Regis Kuala Lumpur.

SKMM turut membayangkan persidangan itu bakal menjadi platform menghimpunkan dan menjadi tumpuan pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk bertukar idea, berkongsi pandangan dan meneroka landskap industri yang semakin membangun dengan pantas.

Peserta persidangan daripada pelbagai latar belakang akan bertukar pandangan dan maklumat selain inspirasi semasa mereka terlibat dengan idea, inovasi dan perspektif baharu.

Untuk makluman, SKMM menjadi tuan rumah bagi persidangan platform global kali ini.- MalaysiaGazette