Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)

KUALA LUMPUR – Kucing yang dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang Selangor, baru-baru ini, kini dalam penjagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

DVS telah mengambilnya di klinik swasta selepas haiwan itu dihantar oleh orang awam di sana.

Dalam kenyataan di sini, DVS berkata, ia telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas kucing tersebut di Pusat Tahanan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Selangor.

Menurutnya, kucing itu kini berada dalam keadaan baik dan di bawah pemantauan Pegawai Veterinar DVS Selangor.

Kertas siasatan telah dibuka oleh DVS Selangor dan kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Sehubunan itu, DVS menasihatkan orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi atau tindakan yang boleh mengganggu siasatan kes. – MalaysiaGazette

Anak kucing dibakar hidup-hidup, polis buru dua suspek