SPRM hakim
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatan kuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Februari hingga 31 Januari 2027.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut kenyataan SPRM, lantikan ini menggantikan Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman yang telah meletakkan jawatan pada 4 Disember 2022.

Pelantikan ini selari fungsi Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) untuk memantau salah laku pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.

“Pengalaman luas yang dimiliki Adrain terutamanya semasa berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dipercayai akan membantunya menggalas tugas dengan cemerlang dan berintegriti.

“SPRM merupakan agensi pertama di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang,” katanya.

JKA adalah salah satu daripada lima badan pemantau bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO). – MalaysiaGazette