Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

BATANG KALI – Keputusan Pilihan Raya Kecil PRK kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Kuala Kubu Baharu tidak memihak kepada Perikatan Nasional (PN) disebabkan oleh peratusan turun mengundi yang rendah.

Timbalan pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa pengundi luar terutamanya golongan pekerja  tidak ramai pulang mengundi menjadi salah satu faktor kekalahan gabungan itu.

“Kita mendapati kumpulan terutamanya golongan yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan kali ini untuk pulang mengundi.

“Kita lihat di situ ada peratusan yang rendah. Kalau dari segi boikot saya lihat lebih kepada pihak yang sebelah sana yang kita lihat,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, di Bandar Utama malam ini.

PN yang mengetengahkan calon Melayu, Khairul Azhari Saut tewas di Kuala Kubu Baharu ke atas calon luar Pakatan Harapan (PN), Pang Sock Tao.

Tidak rasmi, Sock Tao memperoleh 13,765 undi berbanding Khairul Azhari sebanyak 9,837 undi.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, gabungan itu menerima keputusan PRK Kuala Kubu Baharu dengan hati terbuka.

“Mewakili kepimpinan PN juga saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera di Hulu Selangor, di Kuala Kubu Baharu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast