Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.20 Sungai Bakap pada 6 Jun ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata, mesyuarat itu akan membincangkan pelaksanaan PRK di Negeri Pulau Pinang.

SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19
Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari Tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR, katanya. – MalaysiaGazette